It is currently Tue Sep 07, 2010 1:31 pm



Reply to topic  [ 4 posts ] 
permasalahan selawat syifa' 
Author Message
Ahli Baru Lompat Parti

Joined: Wed Jun 03, 2009 3:25 am
Posts: 37
Location: Makkah
Post permasalahan selawat syifa'
baru2 ni ada orang tanya ana permasalahan selawat syifa' ni. Di sini ana nukilkan bersama beberapa posting dari forum2 yang berkaitan.

Quote:
Maksud selawat syifa' yang sering dibaca oleh orang Melayu ialah :

"Ya Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad, doktor hati dan ubatnya sebagai penyihat badan dan pemnyembuhnya, penyinar mata dan cahayanya dan selawat atas keluarganya."

Cubalah renungkan bait-bait syair yang terdapat dalam selawat ini. Patutkah orang Islam mengucapkan hal ini? Bukankah semua ini milik Allah? Bukankah kita diperintahkan untuk meminta kesembuhan badan mahupun hati hanya kepada Allah? Tidakkah kita menyedari bahawa dalam selawat ini kita diajak meminta kemanfaatan kepada Rasulullah? Bukankah ini bertentangan dengan AQ Surah Yunus: 49 mafhumnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa memberi kemanfaatan pada diriku dan tidak pula kemudharatan kecuali apa-apa yang dikehendaki Allah ..."

(dipetik dari ms 84 dalam kitab Sifat Selawat dan Salam kepada Nabi SAW susunan oleh Abdul Hakim Abdat cetakan Jahabersa)


dan juga di http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/ ... lawat.html

manakala ianya dijawab oleh webmaster darussyifa' sendiri sebagaimana berikut :


Quote:
Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;


Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.

Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”

‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam

Webmaster Darussyifa’


ustaz ada apa2 pandangan dop mengenai perkara nims. Ambe nok jjatuh hukum pon dop reti sebab memang bukang bidang ambe. Ambe ni nama jer ngaji mekoh, tapi dop tahu benda lasung. Wallahualam.

_________________
dunia aku? http://www.na5wa.com


Wed Jun 03, 2009 3:49 am
Profile YIM WWW
Perdana Menteri
User avatar

Joined: Sat Jan 03, 2009 12:58 pm
Posts: 6724
Post Re: permasalahan selawat syifa'
Dalam lafaz selawat tersebuti perkataan solat itu berada pada kedudukan maf'ul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (selawatkanlah), disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb. Berdasarkan kedudukan ini, maka lafaz selawat yang diandaikan itu difahami dengan maksud:
"Ya Allah! selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, dengan suatu selawat yang boleh menjadi rawatan bagi hati dan apa yang boleh menjadi ubat baginya (hati)... sehingga akhir."
Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku lagi apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat Allah swt, kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad saw, tetapi selawat yang diucapkan itu. Oleh kerana membaca selawat itu adalah sejenis amal soleh, maka ia termasuk dalam jenis tawasul dengan amal salih yang disyariatkan oleh syara' dengan maksud ini. Maka penyamaan sifat yang dipersoalkan itu tidak berlaku kerana memang tidak ada penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat penyembuh.

Dan boleh ditakdirkan juga antara lafaz muhammadin dan lafaz tiib itu dengan dengan sifat yg telah dihazafkan mausufnya..

Fataammal ya akhi.. ;)

_________________
my gallery : http://www.digitalmukmin.com/
my website : http://ustazazhar.com
The quickest way to make money at photography is to sell your camera


Wed Jun 03, 2009 7:39 am
Profile
Ahli Baru Lompat Parti

Joined: Wed Jun 03, 2009 3:25 am
Posts: 37
Location: Makkah
Post Re: permasalahan selawat syifa'
oh, begitu ya ustaz.. masykuur lak.

_________________
dunia aku? http://www.na5wa.com


Wed Jun 03, 2009 8:33 am
Profile YIM WWW
Ahli Baru Lompat Parti

Joined: Fri Nov 13, 2009 12:16 am
Posts: 15
Post Re: permasalahan selawat syifa'
Bukan nak puji tapi ustaz jazakumullahi khaira jaza


Mon Nov 16, 2009 12:48 pm
Profile
Display posts from previous:  Sort by  
Reply to topic   [ 4 posts ] 

Who is online

Users browsing this forum: No registered users


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to:  
Powered by phpBB © 2000, 2002, 2005, 2007 phpBB Group.
Designed by STSoftware for PTF.